Wednesday 23 January 2013

DIAM BUKAN BERERTI KALAH


Bagaimana kita berhadapan dengan suasana tegang atau panas dengan kawan-kawan? Islam menyukai jika seseorang itu mengambil langkah untuk berdiam. Diam bukan ertinya kalah. Mengalah atau mengelak terjadinya pergaduhan itu lebih baik, walaupun kita dalam keadaan benar.
       Kita hendaklah faham bahawa Allah S.W.T melarang jika menggunakan kata-kata berunsur menghina atau mengejek kepada orang lain. Misalnya "pengecut" atau "bodoh". Istilah sedemikian boleh membangkitkan kemarahan orang lain. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud, "sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah Taala ialah orang yang paling degil dan suka bertelingkah".
       Banyak lagi perkara yang kita perlu tahu tentang soal menjaga lidah ini. Menurut Imam al-Ghazali, tanda-tanda lidah yang kotor adalah :
      ~ Berkata-kata yang tidak berfaedah.
      ~ Berlebih-lebihan apabila bercakap.
      ~ Suka bercakap yang batil.
      ~ Banyak maki hamun.
      ~ Suka bertengkar/bertikam lidah.
      ~ Mencari-cari kesalahan orang lain.
      ~ Suka mengumpat.
      ~ Bergurau secara berlebih-lebihan.
      ~ Suka mengejek dan menghina orang lain, membuka aib orang.
      ~ Bersumpah palsu.
      ~ Memuji bukan pada tempatnya atau mengampu.
      Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah membenci kepada orang yang buruk perangainya dan kotor lidahnya". (Riwayat al-Tirmizi)
      Oleh sebab itu, menjaga lidah akan mempamerkan peribadi dan maruah diri. Peribadi seseorang boleh dilihat daripada kata-katanya. Jika baik butir percakapan, maka baiklah budi pekertinya. Jika kasar kata-katanya, maka kasarlah keperibadiannya.


No comments:

Post a Comment